Cari Blog Ini

Rabu, 25 Februari 2009

Petua Penjagaan Kenderaan

Cara mengekalkan kilauan kereta

MEMANG ada orang malas membasuh kereta dengan alasan tiada masa. Kebanyakannya menghantar ke tempat cucian kereta dan membayar antara R5 dan RM10 sekali cucian.
Ada juga yang tidak berminat menjaga kebersihan bahagian dalam kereta hingga ada kanak-kanak menyindir sarang tikus’ dengan surat khabar, selipar, plastik dan bungkus gula-gula berselerak di sana-sini.

Namun, ramai juga yang rajin mencuci kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali sambil melihat minyak hitam, air bateri, tekanan tayar dan tar pada badan kereta. Bagi mereka, membasuh sendiri menimbulkan kepuasan selain kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Elak guna sabun basuh

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci bahagian luar dan dalam sekali dalam masa satu atau dua minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.

Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.
Pilih bahan pengilat bermutu

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta.

Bagaimanapun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau matelik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.


Hati-hati mencuci enjin

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.

Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu kembersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air. Versi Digital.

Cara sejukkan enjin kereta terlalu panas

WALAUPUN enjin kereta anda dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Namun, enjin boleh disejukkan kembali dengan menghentikan kenderaan dan mematikan enjin, membuka bonet dan selepas itu, jika perlu mengisi radiator dengan air sejuk.

Enjin yang terlalu panas kerana terlalu lama dihidupkan setelah membuat perjalanan jauh juga boleh mengundang bahaya jika lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan.

Tapi ketika memandu, anda tentu bimbang jika penunjuk meter yang menentukan tahap kepanasan enjin menghampiri peringkat H (hot).

Kepanasan enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Ekzos tersumbat

SISTEM penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Jika perkara ini berlaku, beberapa langkah pertama boleh dibuat. Mula-mula buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi.

Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankan seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.
Hati-hati buka radiator

TIDAK lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Buka tutup radiator dan ketukkannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat sebelum kenderaan dibawa ke bengkel.
Paip radiator tersumbat

HARUS diingat, paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur akan menyebabkan aliran udara penyejuk terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.
Bahagian penting kereta perlu dijaga

SETIAP orang menyayangi harta miliknya apa lagi membabitkan harga yang mahal. Kereta yang baru dibeli, misalnya sudah pasti dijaga rapi agar tidak calar, berkarat apa lagi rosak pada bahagian enjin.

Penjagaan kereta sangat perlu kerana ia adalah aset dan keperluan yang semakin penting untuk berulang alik ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau ke klinik selain untuk balik kampung dan bersiar-siar bersama-sama teman dan seisi keluarga.

Di samping memastikan perjalanan anda tidak tergendala, kereta yang sentiasa berkeadaan baik mempunyai pasaran yang baik jika mahu dijual semula.

Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering

Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.


Hawa dingin

Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.


Klac

Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.


Sistem transmisi/kotak gear

Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km.

Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.
Tekanan angin tayar

Perlu diperiksa setiap 5,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras.

Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi

Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft

Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.


Sistem elektrik

Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km.

Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.


Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.
Enjin:
– Enjin ‘tune up' bagi setiap 10,000 km
– Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
– Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
– Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
– Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
– Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
– Tukar `contact point' setiap 10,000 km
Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.
Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.
Pastikan enjin panas sebelum mulakan perjalanan
AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.
Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.
Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.
Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.
Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.
Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.
Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.
Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.
Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.
Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlakunya kemalangan?
1) Mula-mula sekali, jangan panik.
Cuba ingati diri anda dan jika anda seorang Ijip, cuba ingati apa makanan kegemaran anda.
Setelah itu cuba perhatikan nombor pendaftaran kereta di hadapan anda dan cuba ingatinya.
Periksa juga mereka yang berada di dalam kenderaan anda sekiranya ada yang tercedera.
Selepas itu cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta di belakang anda pula sekiranya ada dan anda telah dilanggar.
Sekiranya anda seorang wanita dan kejadian itu berlaku di waktu malam, maka anda dinasihatkan memandu (sekiranya kereta boleh dipandu) ke balai polis yang berhampiran.
Laporan polis boleh dilakukan di mana-mana balai polis di dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
Jika tidak, duduk sahaja di dalam kereta dan buatlah panggilan kepada kenalan anda ataupun bantuan penunda kenderaan.Jika anda yakin situasi selamat dan anda ingin menyelesaikan sebarang perkara di situ juga (selalunya jika anda yang bersalah) pandu kereta anda di tepi jalan dahulu serta jauh dari aliran trafik. Jika anda benar-benar bersalah dan kesalahan itu dilaporkan, anda akan disaman maksimum RM300 serta merta dan jika tuntutan insurans pihak ketiga dibuat maka anda akan kehilangan Bonus Tiada Tuntutan @ NCB (No Claim Bonuses).
2. Melaporkan kejadian di balai polis
Perkara pokok yang perlu anda tahu ketika memberikan laporan ialah waktu kejadian, tempat kejadian, situasi bagaimana kemalangan terjadi, nombor pendaftaran kereta di hadapan, nombor pendaftaran kereta di belakang, kecederaan pemandu/penumpang dan bahagian kereta yang rosak. Laporan polis akan dibuat menggunakan bahasan yang standard dan anda boleh menyemaknya sebelum membuat pengesahan. Pihak polis juga akan mengambil gambar kenderaan anda serta kenderaan yang melanggar / dilanggar oleh anda. Dapatkan nombor laporan serta pegawai penyiasat kes untuk rujukan.
3. Dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas kejadian
Anda perlu menyerahkan salinan kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan serta Cover Note insuran kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) cawangan trafik di mana kemalangan itu berlaku. Jika anda melaporkan kejadian bukan di IPD kawasan kemalangan, anda perlu berhubung dengan IPD trafik kemalangan bagi mengenalpasti siapakah pegawai penyiasat kes anda.
Ada perlu mendapatkan perkara berikut sebelum berhubung dengan pihak insuran:
a. Salinan laporan anda yang disahkan
b. Salinan laporan pihak ketiga yang disahkan
c. Rajah tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
d. Kunci penanda tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
e. Laporan kes yang disahkan oleh pegawai penyiasat
f. Gambar kenderaan anda yang disahkan
Proses memdapatkan segala dokumen di atas agak merumitkan sekiranya kemalangan berlaku di luar kawasan ie: Hulu Tembeling. Adalah disarankan anda sentiasa menghubungi pegawai penyiasat bagi mengetahui situasi dokumen yang diperlukan tetapi jangan sampai mendesak dan memberitahu apa yang perlu mereka lakukan. Di sini pentingnya diplomasi dan yang penting, anda berjaya mendapatkan apa yang anda perlukan *gelak penoh makna*
4. Prosedur membuat tuntutan
Setelah memperoleh segala dokumen yang diperlukan, anda boleh membawa kenderaan anda di mana-mana bengkel yang boleh membuat tuntutan insuran dan mempunyai kelengkapan membaiki, mengimpal dan mengecat di satu tempat. Jika anda membuat tuntutan atas insuran anda sendiri, maka anda mempunyai tempoh selama 2 tahun untuk berbuat demikian dan 5 tahun sekiranya membabitkan pihak ketiga.

Pihak bengkel akan membuat tuntutan kepada pihak anda dan pihak insuran anda pula akan membuat tuntutan kepada pihak insuran ketiga. Pastikan tidak ada barangan berharga (duit syiling, kad Touch & Go, CD etc) ditinggalkan di dalam kereta anda. Juga jangan sekali-kali tinggalkan Central Lock anda bersama kunci. Tinggalkan hanya kunci kenderaan dalam bentuk manual.

Pastikan juga anda bertanya apakah barangan yang perlu diganti dan tandatangani borang perakuan sebelum anda meninggalkan kereta.Seperti juga dengan pihak polis, anda juga memerlukan diplomasi & hubungan baik dengan pihak bengkel bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Hubungi mereka selalu (tapi jangan kerap!) bagi mengetahui situasi kenderaan anda.

5. Mengambil kenderaan

Pastikan anda memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum menandatangani apa-apa dokumen pelepasan. Bertanyalah dengan mekanik sekiranya anda tidak pasti, itu hak anda. Pihak bengkel juga akan menguruskan tuntutan hilang upaya kenderaan sementara (bergantung kepada cc kenderaan anda). Pastikan anda menguji kenderaan anda terlebih dahulu sebelum membawanya pulang.
Pengguna kereta perlu periksa tekanan angin tayar
SALAH satu aspek yang kurang diberi perhatian pemilik kenderaan ialah tekanan angin pada tayar. Sesetengahnya tidak peduli sama ada tayar keretanya keras atau kurang angin.
Mahu tidak mahu tekanan angin hendaklah selalu diperiksa. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar. Pengguna harus menambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi dan jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin.

Harus diingat, membeli tayar berkualiti, saiz yang tepat untuk kereta serta mendapatkannya daripada peniaga yang memiliki reputasi dianggap ciri penting untuk keselamatan, memanjangkan jangka hayat tayar serta kepuasan memandu di atas setiap jenis permukaan jalan.
Namun, semua ciri itu hanya satu permulaan saja kerana tayar tetap perlukan penjagaan yang betul dalam usaha mendapatkan pulangan setimpal dari segi prestasi serta ketahanannya.

Walaupun pengetahuan cara menjaga tayar penting bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pemandu dan penumpang, tidak ramai arif dalam bidang berkenaan.

Sebaliknya, ramai yang hanya tahu mengisi tekanan angin dan menyerahkan tanggungjawab seterusnya kepada mekanik apabila kereta sesekali dihantar ke pusat servis.

Sebenarnya, tanggungjawab pemandu serta cara pemanduan berperanan penting bagi tayar dan Goodyear yang mengambil berat keselamatan dan keselesaan pengguna mahu berkongsi pengetahuan menjaga tayar dengan menawarkan buku panduan Bagaimana Menjaga Tayar Anda.
Buku dwibahasa itu menyediakan petua serta saranan yang boleh membantu pemandu mendapatkan prestasi optimum dan jangka hayat lebih lama, di samping mendapatkan pulangan lumayan daripada pelaburan ke atas tayar.

Sementara itu tolok pengukur tekanan angin pula tidak dijual di pasaran, tetapi ia penting untuk membaca tekanan angin yang menjadi faktor utama bagi tayar. Sebanyak ......... peratus daripada masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.Antara masalah biasa mengenai tekanan angin.

Berapa tinggi tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar kereta saya?

Tekanan angin adalah perkara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan pada buku panduan pemilik kenderaan.

Pengeluar kenderaan juga mempamerkan maklumat mengenai saiz tayar dan tekanan angin pada salah satu tempat berikut iaitu di sisi pintu pemandu, di kerangka pintu atau di dalam kotak sarung tangan.

Sekiranya saiz tayar berlainan daripada yang dicadangkan, pemandu dinasihatkan mendapat maklumat daripada pengeluar kenderaan atau pembuat tayar.

Bagaimana jika tekanan angin tayar dalam kereta saya rendah?

Tekanan angin rendah adalah punca utama yang memusnahkan tayar. Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.

Ia juga akan meningkatkan penggunaan petrol. Sementara itu angin yang diisi seperti dicadangkan akan meningkatkan jangka hayat tayar sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.

? Berapa kerapkah saya perlu memeriksa tekanan angin kereta saya?

Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penglihatan mata kasar saja terutama bagi tayar lapis jejarian (radial plytyre).

Pandu uji secukupnya sebelum beli kereta terpakai

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.

JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing.

Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan.

Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap.

Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain.

Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Punca ekszos keluarkan bunyi letupan

KENAPA boleh berlaku letupan di dalam ekzos? Keadaan ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang memandu laju di lebuh raya.

Sebenarnya masalah ini berlaku kera-na pembakaran yang berlaku di luar enjin apabila campuran petrol-udara tidak terbakar dengan sempurna, maka beberapa bahagian petrol itu akan keluar dari silinder bersama asap ekzos sebelum ia sempat terbakar.

Disebabkan suhu sangat tinggi, apabila ia bertemu dengan udara di dalam ekzos, besar kemungkinan akan terjadi pembakaran dan letu-pan.

Punca berlaku sedemikian biasa-nya disebabkan campuran petrol dan udara yang terlalu banyak serta kegagalan penyalaan yang baik.

Apabila palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, petrol yang tidak terbakar akan keluar bersama lebihan gas apabila ada injap pembuangan yang tidak tertutup dengan sempurna sehingga ada petrol yang keluar sebelum sempat terbakar.

Injap tidak akan tertutup apabila rosak atau celah laluan injapnya tidak tepat. Bawa kenderaan ke bengkel untuk menyelaraskan semula celah injap itu.

Selain pembakaran di luar, bunyi enjin yang pelik juga membimbangkan apatah lagi jika tidak diketahui penyebabnya.

Bagaimana kita hendak membezakannya dan adakah bunyi itu boleh dibiarkan saja demikian atau perlukan pembaikan segera?

Biasanya bunyi pelik enjin boleh terjadi disebabkan tali kipas rosak, kebocoran arus elektrik pada kabel rentangan tinggi, berus suis pada generator rosak, kekurangan pelincir pada sesondol pengagih, gear atau tali penggerak gandar sesondol rosak, kekurangan pelincir pada alas pam, ketukan pembakaran dan enjin rosak.

Secara asasnya boleh dikatakan bahawa enjin akan mengeluarkan bunyi halus apabila semua bahagiannya berada dalam keada-an baik.

Tidak semua bunyi yang kedengaran menunjukkan tanda kerosakan enjin yang cukup berat, tetapi ada kalanya tanda itu menunjukkan kerosakan yang jika tidak diatasi segera akan membawa padah yang lebih teruk.

Oleh itu, sebaiknya periksalah kende-raan anda di bengkel apabila mendapati adanya kelainan bunyi daripada biasa.

Biasanya apabila enjin mengeluarkan bunyi pelik, ia adalah tanda awal terjadinya kerosakan.

Apabila bunyi enjin begitu mengerikan segera mati-kan enjin dan tarik ke bengkel.

Untuk mencari bunyi kerosakan berkenaan, bagi mekanik profesional mereka menggunakan stetoskop dan bunyi pelik berkenaan dapat dicari dan dibezakan dengan mudah.

Akan tetapi bagi pengguna biasa macam kita yang tidak ada stetoskop, sebaliknya gunalah tongkat kayu dan letaklah hujungnya pada bahagian enjin yang dijangka mengeluarkan bunyi pelik itu. Sementara pangkalnya diletakkan di telinga anda.

Punca kereta hilang pecutan

SETIAP kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan hanya diberi kepada masalah pada enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya.

Biasanya, kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

Harus diingat, ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor atau tersumbat dan saat penyalaan terlalu lambat.

Kerosakan pada saluran minyak

KEROSAKAN pada saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan karburator iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan kembali. Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus (sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

Penapis udara tersumbat

KEMUDIAN anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera. Ada dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu dilakukan dengan cermat.

Sekiranya penapis udara itu sudah lama digunakan, langkah terbaik adalah menukarnya kepada penapis baru supaya pengedaran udara dalam enjin lebih lancar.

Selain itu, pembaikan kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat kemasukan petrol yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan pada paip petrol serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat penyalaan turut menjadi punca kepada masalah itu.

Penyalaan enjin tidak tepat

PENGGUNA kereta harus sedar dan sentiasa mengambil tahu apabila berhadapan dengan masalah prestasi pecutan kereta tidak memuaskan. Minta bantuan mekanik untuk memeriksa sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat atau tersumbat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, bila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap puncanya dan pembaikan kecemasan boleh dilakukan, sama ada melakukan memeriksa sendiri (jika tahu) atau memanggil mekanik.

Periksa sama ada penyalaan enjin kereta sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis penutup arus.

Sistem penyaluran petrol

PERIKSA sama ada sistem penyaluran petrol dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran. Periksa juga sama ada injap udara (choke) berada dalam keadaan tertutup.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas. Periksa juga adakah cekam rosak atau brek bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

Hati-hati ketika meredah jalan licin dan berair

CUACA di Malaysia tidak selamanya cerah. Ada ketikanya pemandu terpaksa meredah hujan lebat menyebabkan jalan licin dan becak. Ketika hujan lebat, pemandu perlu berhati-hati termasuk memperlahankan kenderaan dan tidak membrek sesuka hati terutama menggunakan tayar lama dan tidak berbunga.

Walaupun hujan memberi kelebihan baik kepada sistem penyejukan pada bahagian enjin kenderaan, namun cuaca seperti itu menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas apa lagi permukaan jalan licin yang boleh mengakibatkan kemalangan.

PEMANDU perlu berwaspada apabila merempuh air supaya air tidak terpercik membasahi enjin, khasnya bahagian sistem penyalaan.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai panduan jika terpaksa meredah pada waktu hujan.

Pastikan bahagian bawah kenderaan tiada kebocoran manakala semua pintu mempunyai kedapan (seal) yang baik dan bahagian enjin, kotak gear dan galas (bearing) tidak berlaku kebocoran.

Sistem cekam (clutch system), sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik manakala .

Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman mantap manakala penggilap (wiper), hon dan sistem elektrik seperti bahagian lampu hadapan dan juga lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika meredah jalan dinaiki air ialah memberi laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah tidak melebihi had tayar.

Sekiranya di bawah satu kaki tinggi, pemanduan boleh dilakukan tetapi harus ingat, pandu kenderaan anda secara perlahan yang boleh.

Ia bertujuan untuk mengelakkan percikan air membasahi enjin khasnya bahagian sistem penyalaan (ignition system).

Jangan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin basah dan pengguna lain terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena percikan air.

Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan memandu laju kerana sistem brek anda tidak berfungsi sepenuhnya kerana permukaan brek basah.

Bagi mengatasi masalah ini, gunakan gear satu atau dua bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear satu bagi sistem automatik.

Tekan pedal minyak dan brek serentak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.



BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG